Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemui di dalam kawasan semak di Kampung Alor Gali, Marang pada Khamis.<br /><br />Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 2.30 petang berhubung penemuan mayat yang dianggarkan berusia antara 20 hingga 30-an.